Saturday 18 February 2012

Kejayaan Demi Kejayaan Unit Kokurikulum SMKCC

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan MSSD Kluang 2012 dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
1. Pertandingan Golf - 1 pelajar berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri
2. Pertandingan Renang - terdapat wakil ke peringkat negeri
3. Pertandingan Bola Tampar P B18 - ketiga ( 2 pemain mewakili peringkat negeri ) 
4. Pertandingan Badminton - johan beberapa katogeri - ada peserta mewakili peringkat negeri
5. Acara Merentas Desa - peserta berjaya mewakili peringkat negeri dan menjadi  Kluang menjadi Johan....
Syabas kepada semua guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak.....
'1murid1sukan'  '1Convent Mencapai Kecemerlangan'  

Majlis Apresiasi Tautan Budi Pn Noor Sida Mhd Yusof

Pada 15 hb Februari yang lepas, majlis Apresiasi Tautan Budi pembantu tadbir SMKCC iaitu Pn Noor Sida telah diadakan dengan gilang gemilang...terima kasih kepada beliau atas segala khidmat dan sumbangan yang cemerlang kepada warga SMKCC selama lebih kurang 15 tahun.... 
Terima kasih kepada pihak pentadbir kerana memberi sokongan yang padu..tidak lupa kepada semua AJK Pengelola Majlis yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini....

Friday 23 September 2011

MAJLIS MARHABAN DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI 2011

Majlis Marhaban dan Sambutan Aidil Fitri diadakan secara sederhana di Dewan Terbuka SMKCC. Majlis diadakan dengan meriah walaupun dalam masa yang singkat.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan silatulrahim antara warga SMKCC. 

MAJLIS PENUTUP KURSUS PEMBINAAN BLOG GPM KLUANG

Majlis penutup Kursus Pembinaan Blog GPM Kluang telah di adakan pada 22 September 2011 bertempat di Dewan Terbilang, BTPN Johor. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ishak bin Mahbob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Seramai 35 orang GPM Daerah Kluang telah menerima sijil daripada beliau semasa majlis tersebut.
Dengan rasminya Blog GPM Daerah kluang telah dilancarkan bersama-sama dengan Blog GPM PSS sekolah-sekolah yang terlibat.
Segala ilmu yang diperolehi menerusi kursus ini akan dimanfaatkatn sebaaik-baiknya bagi memartabatkan GPM seterusnya memajukan Pusat Sumber Sekolah ke arah PSS Cemerlang.
Tahniah dan syabas kepada semua ahli Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh GC GPM Kluang, En Ismail Yon.
   

Wednesday 21 September 2011

Tahniah Kepada AJK PIBG 2011

Warga SMKCC mengucapkan tahniah kepada kepada Jawatankuasa PIBG kerana telah menubuhkan Tabung Pembangunan PIBG SMKCC. Tabung Pembangunan PIBG SMKCC telah dilancarkan pada 28 Mei 2011 (Sabtu) di Dewan SMKCC oleh Y.B Dato' Dr Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pngajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kluang.
Hasil sumbangan daripada tabung tersebut dan peruntukan khas bantuan modal, sekolah telah berjaya membina sebuah bangunan makmal komputer dua tingkat.     

Tuesday 20 September 2011

Kursus Membina Blog GPM Daerah Kluang Tahun 2011





21 September 2011, hari ini adalah hari kedua bagi Kursus Membina Blog GPM....banyak perkara baru yang telah saya pelajari...sungguh menarik..saya amat teruja dan berazam untuk menyiapkan blog PSS SMKCC....