Friday 23 September 2011

MAJLIS MARHABAN DAN SAMBUTAN AIDIL FITRI 2011

Majlis Marhaban dan Sambutan Aidil Fitri diadakan secara sederhana di Dewan Terbuka SMKCC. Majlis diadakan dengan meriah walaupun dalam masa yang singkat.
Semoga majlis ini dapat mengeratkan silatulrahim antara warga SMKCC. 

MAJLIS PENUTUP KURSUS PEMBINAAN BLOG GPM KLUANG

Majlis penutup Kursus Pembinaan Blog GPM Kluang telah di adakan pada 22 September 2011 bertempat di Dewan Terbilang, BTPN Johor. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ishak bin Mahbob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Seramai 35 orang GPM Daerah Kluang telah menerima sijil daripada beliau semasa majlis tersebut.
Dengan rasminya Blog GPM Daerah kluang telah dilancarkan bersama-sama dengan Blog GPM PSS sekolah-sekolah yang terlibat.
Segala ilmu yang diperolehi menerusi kursus ini akan dimanfaatkatn sebaaik-baiknya bagi memartabatkan GPM seterusnya memajukan Pusat Sumber Sekolah ke arah PSS Cemerlang.
Tahniah dan syabas kepada semua ahli Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh GC GPM Kluang, En Ismail Yon.
   

Wednesday 21 September 2011

Tahniah Kepada AJK PIBG 2011

Warga SMKCC mengucapkan tahniah kepada kepada Jawatankuasa PIBG kerana telah menubuhkan Tabung Pembangunan PIBG SMKCC. Tabung Pembangunan PIBG SMKCC telah dilancarkan pada 28 Mei 2011 (Sabtu) di Dewan SMKCC oleh Y.B Dato' Dr Hou Kok Chung, Timbalan Menteri Pngajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kluang.
Hasil sumbangan daripada tabung tersebut dan peruntukan khas bantuan modal, sekolah telah berjaya membina sebuah bangunan makmal komputer dua tingkat.     

Tuesday 20 September 2011

Kursus Membina Blog GPM Daerah Kluang Tahun 2011





21 September 2011, hari ini adalah hari kedua bagi Kursus Membina Blog GPM....banyak perkara baru yang telah saya pelajari...sungguh menarik..saya amat teruja dan berazam untuk menyiapkan blog PSS SMKCC.... 

Kursus Membina Blog GPM Daerah Kluang

Pada 20-23 hb September 2011, Kursus Membina Blog GPM Daerah Kluang diadakan di BTPN Johor.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji A. Manaf Muslimin, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang.